Artikel

KKM Seru Peniaga Kurangkan Penggunaan Gula – Bakal Lancar Pelan Advokasi Gula Kelak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lama lagi akan melancarkan Pelan Advokasi Gula sebagai langkah menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya isu diabetes di negara.

Perkongsian pada sidang Parlimen itu memperincikan pelan tersebut melibatkan pelbagai peringkat iaitu pra-sekolah, sekolah rendah, insitutsi pengajian tinggi (IPT), dewasa serta warga emas.

Malah kini pihaknya di fasa akhir perbincangan bersama pemain industri seperti persatuan penjaja dan peniaga kecil akan ketersediaan mereka menyokong dengan menawarkan pilihan minuman tanpa gula kepada pengguna negara.

Setakat November 2022, untuk makluman umum Malaysia menjadi antara negara miliki penghidap diabetes tertinggi di Asia – secara langsung menjadikan keperluan peruntukan kesihatan juga meningkat pada perbelanjaan di negara.