Artikel

Malaysia, Thailand Teroka Kerjasama – Jangka Capai RM180 Juta Peluang Eksport Digital

Menerusi kebersamaan pada DEX Connex, negara melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini meningkatkan usahasama bersama Thailand pada peluang eksport digital dengan sasaran RM180 juta.

Agenda ini sekaligus berupaya memperkasakan kedudukan syarikat teknologi tempatan pada pasaran Thailand. Selain mewujudkan peluang pertumbuhan perniagaan, aturan ini turut akan membantu kepakaran teknologi Malaysia meraih perkembangan bersama pemain Asia yang lain.

Ketika ini difahamkan sejumlah 43 syarikat teknologi Malaysia turut serta pada platform tersebut. Adanya penyertaan yang membrangsangkan ini, pemain industri turut meraih sokongan kerjasama dengan kedutaan Malaysia di Bangkok, MITI Bangkok, Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia Bangkok, Angensi Penggalakan Ekonomi Digital (DEPA) Thailand, Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand serta True Digital Park.