Pos Malaysia pada suku ketiga 2023 memaparkan prestasi yang lebih baik apabila kerugian bersih berjaya dilandaikan kepada RM33.3 juta berbanding RM33.6 juta pada tahun 2022. Meskipun aliran kerugian terus berlaku sejak tahun 2019 – secara amnya, keuntungan bersih operasi sepanjang 9 bulan 2023 ini berjaya ditingkatkan kepada RM88 juta berbanding RM69 juta (2022).
Prestasi ini dicapai hasil tindakan kumpulan yang mula laksana strategi pengurusan kewangan operasi lebih baik, diikuti meneroka peluang pertumbuhan baharu dalam perkhidmatan mereka.
Namun operasi kekal akui masih terdapat risiko yang perlu didepani Pos Malaysia kesan pasaran semasa. Antaranya aliran prospek ekonomi yang lebih rendah, diikuti perubahan tingkah-laku pengguna serta cabaran industri logistik dalam penyumberan serta keseimbangan tekanan kos.
Kedudukan ini dapat diperlihat pada aliran pendapatan apabila merosot 5.75 kepada RM1.4 bilion berbanding RM1.5 bilion.