Sejumlah RM681.71 juta dana awam Malaysia didapati telah hilang kesan kerugiaan pengurusan tunai pada tahun lalu.
Pendedahan di bawah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 (semalam) memperincikan pembaziran tersebut antaranya disumbangkan oleh segmen pertanian dengan jumlah RM448.87 juta. Situasi ini berlaku kesan pengecualian denda yang dikenakan ke atas kelewatan pembekalan dan penghantaran baja dilaksanakan. Tidak hanya itu aturan penyaluran subsidi serta insentif buat pesawah juga direkodkan tidak optimum.
Malah terdapat juga pembaziran berjumlah RM21.35 juta berlaku melibatkan aturan Pengurusan Pekerja Asing menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAX). Secara menyeluruh sekitar 16 pengauditan prestasi telah dilaksanakan ke atas 14 kementerian dan di bawah pelaksanaan itu sekitar 55 syor dikeluarkan untuk ambil tindakan ke atas pihak pentadbiran terlibat kesan ketirisan tersebut.