Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara kini terus memaparkan prestasi cemerlang pada pasaran Malaysia apabila meraih untung bersih berjumlah RM6.96 bilion sepanjang tempoh 9 bulan 2023.
Jumlah ini untuk makluman menunjukkan berlakunya lonjakan 21% pada prestasi semasa.
Menurut Maybank, persekitaran ini didorong pertumbuhan pendapatan yang stabil dan penambah baikkan ketara dalam peruntukan rosot nilai bersih. Malah pendapatan operasi bersih juga turut meningkat dalam tempoh yang sama kepada RM20.38 bilion.
Meskipun prestasi Maybank kekal kukuh, operasi kekal akui terdapatnya peningkatan kos antaranya kos overhed naik kepada RM9.77 bilion daripada RM8.83 bilion setahun sebelumnya disebabkan kos kakitangan yang lebih tinggi, fi berkaitan kad kredit disebabkan oleh pengebilan yang lebih tinggi, susut nilai aset ROU (Hak Penggunaan) dan kos berkaitan teknologi.
Ini mengakibatkan penurunan sedikit dalam keuntungan operasi praperuntukan (PPOP) kumpulan sebanyak 2.1% kepada RM10.61 bilion.