Artikel

AirAsia X Bebas Status PN17, Prestasi Kewangan Kian Memulih

Setelah melaksanakan pelbagai usaha, memulihkan semula status dan aliran tunai operasi kumpulan – AirAsia X (AAX) kini memgumumkan Bursa Malaysia pada notis berasingan telah meluluskan permohonan  mereka untuk menarik balik status Nota Amalan 17 (PN17).

Notis yang diberi Bursa pada 21 November ini telah mengambilkira pelbagai aspek dan situasi yang kukuh di mana memperlihatkan, operasi telah mematuhi kriteria untuk penepian dan penarikan balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17.

Malah tindakan pemaparan laporan kewangan sukuan yang berakhir pada 30 September lalu turut mengukuhkan lagi akan usaha AAX memulihkan semula aliran operasi mereka. Berlandaskan prestasi tersebut, untung bersih AAX telah alami penurunan kepada RM5.56 juta sementara hasil pula melonjak kepada RM648.36 juta. 

Berdasarkan aturan menyeluruh itu, Bursa memaklumkan status PN17 terhadap AAX akan dikuat kuasa bermula pada 22 November ini.