Kadar kesuburan di Malaysia diperhatikan terus menurun secara berkala apabila didapati tahap Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) DOSM di negara pada tahun 2022 telah menunjukkan penurunan – dengan 1.6 anak bagi setiap perempuan yang berusia 15 tahun-49 tahun. Situasi ini jelas berupaya memberi kesan kepada segmen ekonomi dan sosial negara di masa hadapan.
TFR ialah indikator demografi yang digunakan untuk menganggarkan purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seorang perempuan selama tempoh reproduktifnya (15 tahun-49 tahun).
Maka memahami kesulitan itu, Malaysia kini mengumumkan bakal menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara pertama yang dijangka berpotensi beroperasi pada tahun 2029.
Pembangunan hab kesuburan ini akan menerima peruntukan berjumlah RM171 juta, dan menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ia akan mula dibina mulai tahun 2024 di Shah Alam, Selangor.
Adanya akses pusat kesuburan ini, ia tidak sekadar mengfokuskan kepada penawaran rawatan kesuburan tetapi turut berfungsi selaku pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini serta latihan kepakaran di Malaysia.
Malah selain memberi tumpuan menurunkan isu kadar kesuburan kalangan penduduk negara, pusat ini turut bertindak menjalankan saringan seperti mamogram dan ujian Virus Papiloma Manusia (HPV).
Mamogram adalah kaedah mengesan kanser payu dara, sebelu ia dikesan menerusi pemeriksaan klinikal atau pemeriksaan sendiri.
Human Papilloma Virus adalah antara penyakit kelamin kalangan oranf dewasa, bercirikan ketuat pada bahagian kemaluan individu.