Pulau Pinang menjangkakan kajian berhubung pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri tersebut bakal selesai pada awal tahun 2024. Perincian projek tersebut menurut DUN Pulau Pinang kini dikelola oleh MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Setakat ini, perincian kajian tersebut sedang menanti keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) akan kaedah pelaksanaan serta perincian teknikal. Aturan itu meliputi aspek jajaran serta lokasi pembangunan stesen LRT tersebut.
Tidak hanya itu, penerapan kos serta tarikh permulaan projek turut berlandaskan kepada keputusan kementerian. Ketika ini, peringkat negeri kekal matlamat untuk memacukan pembangunan pengangkutan awam tersebut di Pulau Pinang.
Sebelum ini, pihak MOT masih tidak memuktamadkan lagi kawasan pembangunan projek berkenaan, difahamkan terdapat 3 kawasan membabitkan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang serta kerajaan persekutuan sedang ditinjau.
MOT memaklumkan sebelum ini, terdapat sasaran keputusan tender itu dapat dicapai dan bagi pembinaan fasa pertama projek tersebut dapat dipanggil pada akhir tahun ini.