Artikel

MR DIY Untung RM402.04 Juta – Melonjak Bagi Tempoh 9 Bulan 2023

MR DIY, perniagaan berteraskan keperluan kediaman kini terus memaparkan prestasi yang baik apabila untung bersih operasinya meningkat kepada RM123.95 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 September 2023.

Selain keuntungan bersih, pendapatan MR DIY turut melonjak kepada RM1.07 bilion susulan didorong pertumbuhan positif kesan pelancaran cawangan baharu. Secara menyeluruh MR DIY kini memiliki sejumlah 1,208 rangkaian kedai dan telah berkembang 16.4%.

Malah jumlah urus-niaga kumpulan turut meningkat 16.3% daripada 35.8 juta setahun pada 2022 dengan 41.6 juta bagi suku ketiga 2023. Walaupun jumlah urus-niaga ini kekal membrangsangkan namun purata saiz bakul pembelian pengguna diperhatikan semakin menurun 5.1% dari tahun-ke-tahun. Situasi ini berlaku kesan sentimen pembelian pengguna yang lebih rendah ekoran persekitaran kos semasa.

Secara menyeluruh untuk 9 bulan pertama 2023, MR DIY mencatatkan untung bersih RM402.04 juta – kekal meningkat berbanding RM336.87 juta sebelum ini, diikuti hasil pula naik kepada RM3.21 bilion untuk tempoh yang sama.