Bermula 12 tengah malam ini, pengguna Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bakal nikmati perjalanan tol percuma selama 43 hari pada 21 November sehingga 2 Januari 2024 kelak. Perolehan tol ini dimaklumkan akan libatkan Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Assam Jawa.
Jajaran baharu sepanjang 21.8 kilometer itu dijangka dapat memberi penjimatan masa berganda kepada pengguna dari Kapar ke Assam Jawa sekitar 15 minit berbanding 45 minit yang diperlukan perjalanan sebelum ini.
Menurut Kementerian Kerja Raya, pengurangan masa perjalanan selama 30 minit tersebut secara langsung meningkatkan lagi kecekapan kemudahan akses pengangkutan di negara. Malah ia turut akan membantu perkasakan lagi destinasi pelancongan domestik. Meliputi lokasi seperti Sky Mirror, Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan serta Bandar Warisan Batu Arang.
Aturan itu sekaligus memberi kelebihan kepada pemaiin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara dalam merancakkan lagi pertumbuhan sosio-ekonomi setempat.