Pada pembentangan bajet 2024, Sarawak memaklumkan pelajar IPTA dan IPTS bakal meraih akses pendidikan yang lebih baik – dengan perolehan komputer riba percuma bersama baucar buku bernilai RM500.
Perincian itu menurut Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang DUN, pemberian tersebut akan disalurkan kepada kumpulan pelajar dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.
Usaha agihan baucar buku tersebut dijangka dapat memanfaatkan sekitar 35,000 pelajar universiti dan kolej sementara 5,000 pelajar Sarawak yang telah mendaftar ke IPTA dan IPTS pula berpotensi raih manfaat pada perolehan komputer riba kelak.
Adanya pemerkasaan akses peranti pintar dan bantuan baucar tersebut – ia berupaya melandaikan jurang digital yang didepani kumpulan pelajar berpendapatan rendah.
Ini sekaligus membuka ruang untuk mahasiswa Sarawak meraih manfaat teknologi yang sama sebagaimana pelajar yang lain. Buat pengetahuan umum, secara menyeluruh sejumlah RM32 juta disediakan Sarawak buat bantuan sektor pendidikan ini malah geran tambahan RM5 juta turut tersedia dengan memberi inisiatif Program Tuisyen Percuma kepada pelajar Sarawak bagi Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 5 kelak.