Artikel

Akaun Fleksibel KWSP Dijangka Laksana Pada April 2024

Menjelang April 2024, dijangka para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal meraih manfaat di bawah akses Akaun Fleksibel – iaitu akaun ketiga KWSP yang membolehkan pencarum mengakses aliran tunai pada bila-bila masa.

Jangkaan itu menurut Kementerian Kewangan (MOF) masih diteliti akan perincian lanjut kriteria pelaksanaan tersebut.

Berdasarkan penjelasan MOF pada laporan di sidang Seminar dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Persatuan Keselamatan Sosial Asean (ASSA) ke-40 hari ini – butiran lanjut agenda itu akan diumumkan dalam masa terdekat, berpotensi ketika agihan dividen KWSP dilaksanakan pada Februari kelak.

Meskipun tidak berkongsi lanjut akan semakan itu, MOF kekal menjamin aturan Akaun Fleksibel tidak akan menjejaskan simpanan persaraan pencarum berikutan tindakan KWSP memberi ruang kelonggaran kepada pencarum untuk mengakses aliran tunai mereka.