Artikel

Inflasi Malaysia Berpotensi Capai Sehingga 3.6% – Pada 2024

Pasaran semasa menunjukkan kadar inflasi Malaysia berada di paras terendah iaitu 1.9% setakat Oktober 2023 lalu. Persekitaran ini didorong hasil kos yang lebih rendah berlaku dan 

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka ia akan terus melandai menjelang akhir 2023 ini dengan purata inflasi keseluruhan 2023 sekitar 2.5% hingga 3%. 

Namun untuk tahun 2024 pula, paras inflasi negara dijangka lebih tinggi antara 2.1% sehingga 3.6% berikutan tekanan paras inflasi import yang terus meningkat tatkala kadar pertukaran mata wang susut nilai. Diikuti konflik geopolitik serta pembekalan komoditi juga memberi kesan kepada aliran inflasi di Malaysia susulan negara mengamalkan konsep dasar ekonomi terbuka.

Malah kenaikan inflasi itu turut disasar belaku kesan tindak balas kepada perancangan negara untuk laksana pendekatan subsidi bersasar – bagi memastikan agihan sumber kebajikan lebih seimbang buat  rakyat Malaysia. 

Setakat ini BNM kekal optimis akan paras inflasi Malaysia yang dijangka kekal sederhana dalam tempoh 4 bulan terakhir dan perubahannya bergantung kepada pelarasan dasar ekonomi negara bagi menyeimbangkan kawalan harga pasaran semasa serta berlandaskan prestasi perkembangan pasaran kewangan di peringkat global.