Tibanya musim perayaan, pasti kos persekitaran di pasaran mulai meningkat susulan permintaan melonjak – ini termasuklah harga tiket penerbangan di Malaysia. Menyedari kesulitan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini miliki cadangan untuk perkenal insentif bagi mengatasi isu kenaikan tersebut.
Peningkatan harga lebih tinggi ini didorong hasil ketidaktentuan nilai ringgit, maka secara langsung memberi impak pada kos operasi seperti bahan api dan ini membawa kesan kepada harga pengguna. Setakat ini, pihak MOT telah memulakan usaha insentif menerusi FLYsiswa yang memberi token digital kepada kumpulan pelajar negara untuk menebus caj tiket penerbangan pulang mereka ke kampung halaman.
Menerusi lanjutan insentif tersebut, kelak dijangka terdapat pelbagai lagi pendekatan MOT untuk atasi kenaikan harga tiket penerbangan bersama pengguna secara menyeluruh khususnya ketika musim perayaan.
Pertimbangan itu diumumkan setelah MOT merasmikan Pengoperasian Radar Trafik Udara hari ini dan dimaklumkan aturan tersebut akan dikemas-kini dari semasa ke semasa.