Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus memaparkan prestasi yang membrangsangkan pada pendapatan pelaburan apabila berjaya meraih peningkatan 33% bagi tempoh 9 bulan pertama 2023 – dengan jumlah pendapatan pelaburan sekitar RM47.86 bilion.
Lonjakan prestasi ini mengikut makluman didorong hasil jumlah kos serta ekuiti tersenarai – di mana sebagai perincian suku ketiga 2023 memaparkan jumlah pelaburan sejumlah RM14.67 bilion. Angka ini meningkat RM2.38 bilion berbanding suku yang sama pada tahun lalu.
Namun KWSP akui pasaran ekuiti semasa telah memaparkan ketidaktentuan kesan krisis Timur Tengah serta konflik Rusia-Ukraine yang menyumbang kepada prestasi naik turun pasaran. Meskipun berdepan risiko sedemikian namun prestasi pendapatan pelaburan KWSP kekal membrangsangkan.
Untuk makluman umum, pendapatan pelaburan membawa kepada perolehan yang dijana berpaksikan dividen, pembayaran faedah serta keuntungan modal melalui perdagangan aset mahupun sekuriti.