Ketidakseimbangan ekonomi semasa dilihat menuntut masyarakat negara kini perlu lebih berwaspada akan aspek perlindungan diri mereka di masa hadapan – setakat 2022 sahaja didapati 1.4 juta rakyat Malaysia kini berdepan tekanan pinjaman, menyedari faktor tersebut Zurich Takaful kini hadir dengan pelan perlindungan baharu yang membolehkan pengguna raih caruman perlindungan serendah RM56 sebulan.
Menerusi pelan Takaful ProSecure ini ia tidak sekadar menawarkan pengguna perlindungan asas sebanyak RM300,000 tetapi turut bertindak membebaskan pengguna daripada tekanan kewangan ketika tempoh kritikal. Antara melibatkan tanggungan kos dalam perlindungan penyakit, kanser serta sebarang kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Maka dengan penawaran caruman perlindungan serendah RM56, ia dilihat berupaya membantu pengguna laksana penjimatan di samping meraih manfaat perlindungan berganda.
Selain pelaksanaan ini, Zurich turut melancarkan kempen We Can Duit bermula hari ini sehingga 19 November 2023 untuk meningkatkan literasi perlindungan kalangan orang awam. Pelaksanaan kempen di MyTown, Cheras ini membawakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengguna – tidak sekadar aktiviti bijak kewangan tetapi sesi rundingan berkaitan perlindungan turut tersedia untuk melengkapkan pengetahuan umum.