Untuk terus perkasa perkembangan kemahiran digital di pasaran tenaga kerja negara – airasia academy bersama MyCreative Ventures kini laksana kerjasama memacu peluang kemahiran digital dalam kalangan tenaga kerja negara menerusi Program Bina Kerjaya.
Pada peluang program ini, tajaan penuh disediakan buat rakyat negara yang berusia antara 16 tahun sehingga 40 tahun. Di mana antara akses kemahiran yang bakal tersedia adalah meliputi pemasaran digital, kejuruteraan perisian, infrastruktur awan, keselamatan siber, analisis data dan ekosistem produktiviti Google.
Ini bermakna, adanya platform sedemikian ia tidak sekadar membuka peluang buat golongan muda tetapi turut akan membantu pekerja negara yang terdiri daripada petugas rencam, ekonomi gig, bekerja sendiri, pemain perniagaan serta pihak yang tidak memiliki caruman PERKESO – untuk menaiktaraf kemahiran mereka dan membantu beralih ke skop pekerja formal di negara selari dengan matlamat Revolusi Perindustran 4.0.
Berdasarkan perkongsian lanjut, penyediaan elaun kemahiran RM900 turut akan tersedia buat peserta yang terlibat. Pemberian dana ini selari untuk perkasa komitmen mereka dalam menaiktaraf kemahiran digital bersama airasia academy. Buat pengetahuan umum medium tajaan penuh akan terbuka sehingga 15 Disember 2023 ini.
Maka untuk sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh layari airasia academy bagi perincian seterusnya akan pelaksanaan Program Bina Kerjaya ini.