Malaysia terus menjadi pilihan lokasi dalam membangunkan ekosistem rantaian bekalan bateri serantau, apabila Enovix Corp – firma bateri silikon yang tersenarai pada papan Nasdaq kini nyata komitmen untuk melabur sejumlah RM5.8 bilion ($1.2 bilion) di negara dalam tempoh 15 tahun.
Aturan itu memperlihatkan Enovix akan menubuhkan kemudahan pembuatan volum tinggi pertamanya di pasaran Malaysia.
Usaha ini adalah termasuk dengan modal pembangunan pembuatan firma yang telah diumumkan pada Ogos lalu dengan nilai RM315 juta. Menerusi lanjutan dana pelaburan tersebut, ia tidak sekadar meningkatkan kemudahan pengeluaran bateri di pasaran negara tetapi turut membantu perkasakan lagi kemahiran teknikal pekerja tempatan dalam landskap perindustrian Malaysia.
Buat pengetahuan umum, menerusi kemudahan pembuatan volum tinggi di Malaysia ini – ia dijangka dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta ruang pelaburan ekonomi baharu buat negara.
Selain Malaysia, Enoxiv turut perluas rangkaian mereka di beberapa negara termasuklah di AS, India dan Korea Selatan. Di mana penggunaan teknologi baterinya merangkumi pelbagai segmen ekonomi seperti peranti pintar, pengkomputeran serta kenderaan.