Selain negara berdepan isu peningkatan kenderaan di jalan raya, isu lambakan kenderaan terbiar juga dilihat kian meruncing di pasaran. Berdasarkan permasalahan itu, setakat ini negara telah melupuskan sejumlah 13,711 kenderaan terbiar sejak 2021 sehingga 2023.
Tindakan ini didasari berasaskan Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Langkah pelupusan ini menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada sesi Parlimen adalah untuk mencapai pengurusan kenderaan terbiar yang lebih efisien tanpa mengugat imej persekitaran awam negara.
Mengikut perincian, tahun 2021 sejumlah 2,189 kenderaan terbiar telah dilupuskan, diikuti 2022 (2,421 kenderaan) dan 2023 (9,101 kenderaan).