Artikel

Untung Berjaya Food Merosot Kepada RM19.03 Juta – Kesan Jualan Lebih Rendah 

Sekiranya pada suku pertama Berjaya Food (BFood) berjaya meraih keuntungan bersih yang membrangsangkan sekitar RM34.7 juta – namun berbeza pada perolehan untung bersih suku pertama 2024 ini apabila merosot kepada RM19.03 juta.

Situasi ini mengikut makluman Bursa Malaysia, didorong hasil permintaan yang lebih rendah disusuli pengecilan margin kesan tekanan kos inflasi semasa ke atas operasi jenama makanan BFood. Antara yang memaparkan nilai jualan lebih rendah adalah pada operasi Kenny Roasters diikuti beberapa jenama makanan yang lain.

Secara menyeluruh, pendapatan BFood turut memaparkan penyusutan kepada RM278.53 juta daripada RM283.05 juta pada laporan sukuaan kali ini.