Sebagai langkah perkasakan pengetahuan digital dalam kalangan pekerja di negara, kerajaan Malaysia bersama Google kini telah laksana kerjasama mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif pada segmen ekonomi digital – dengan menyasarkan 300,000 peluang kemahiran menjelang 2026 kelak di bawah Peluang Peningkatan Kemahiran Inklusif pada pasaran tempatan.
Agenda ini meliputi penyertaan dalam pelbagai bidang kemahiran, pelaburan libatkan infrastruktur digital, perluasan kecerdasan buatan (AI) serta penerapan dasar awanan. Lebih menarik akses sedemikian dimaklumkan akan tersedia tanpa sebarang kos menerusi program GoCloud.
Komitmen tersebut sekaligus seiring dengan matlamat ekonomi negara di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) di mana membolehkan pekerja negara meraih pensijilan profesional berdasarkan skop kemahiran digital yang dilaksana mereka bersama Google. Adanya kebersamaan ini, ia akan meningkatkan lagi kapasiti saiz ekonomi Malaysia dan perluas faedah kepada sosio-ekonomi negara khususnya peluang kepada warga perniagaan kecil di negara.
Setakat ini sahaja, Google telah menyokong lebih 47,900 pekerjaan melibatkan produk serta program di mana i menyumbang kepada manfaat ekonomi bernilai sekitar $2.8 bilion.