Rentetan harga minyak masak terpakai telah mencapai RM3.80 sekilogram di pasaran, situasi ini secara langsung berupaya mendorong kepada ketirisan yang lebih tinggi pada bekalan negara. Maka kini terdapat pertimbangan untuk meneliti cadangan menaikkan harga minyak masak paket bersubsidi di pasaran.
Langkah itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada sidang Parlimen adalah untuk mengimbangi kapasiti pembekalan minyak masak berpaket di pasaran negara – yang ketika ini bernilai RM2.50 sekilogram. Melalui semakan itu, sekiranya pentadbiran menaikkan harga maka dana subsidi akan dikurangkan.
Sementara status berkenaan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah pula memaparkan setakat ini seramai 43 permohonan telah diraih oleh pengusaha. Menerusi inisiatif tersebut ini membolehkan para peniaga Menu Rahmah memiliki akses 405 potongan pembelian barangan bersama rakan pasaraya terpilih seperti AEON Big, NSK, Lotus’s, Mydin dan beberapa pemain industri lagi.
Secara menyeluruh terdapat 2,894 pengusaha Menu Rahmah di Malaysia ketika ini dan penawaran jualan bernilai rendah tersebut diperhatikan telah berjalan selama setahun sejak diperkenalkan negara.