Tabiat melancong dan berbelanja di luar negara dalam kalangan pelancong Malaysia kini dilihat semakin memulih apabila VISA dapati secara purata penduduk negara berhasrat untuk melancong ke destinasi antarabangsa sekitar 2.7 kali dalam tempoh setahun.
Mengikut data di bawah Tinjauan Tumpuan Pelancongan Dunia 2023 VISA ini, turut memperincikan langkah itu didorong 68% penduduk Malaysia inginkan rehat mencukupi, 44% pula ingin membeli-belah, belajar dan teroka perkara baharu (42%), ingin raih pengalaman perjalanan (36%) dan ganjaran untuk diri sendiri (20%).
Berdasarkan dapatan itu, antara destinasi pelancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Jepun, Australia, Indonesia, Thailand, Singapura, Korea Selatan, China, UK, Brunei dan Hong Kong.

Menerusi kerancakkan pemulihan perjalanan antarabangsa ini – ia tidak menghairankan VISA susulan penerapan ekonomi digital turut membantu meningkatkan lagi tingkahlaku tersebut.
Setakat ini, didapati 92% pelancong Malaysia gemar menggunakan kad sebagai mod pembayaran ketika melancong. Di mana 9 daripada 10 pelancong Malaysia gemar menggunakan kad ketika di luar negara – dengan 46% menggunakan kad kredit, kad debit (35%) dan kad prabayar (16%). Kebanyakan pelancong Malaysia akui suka menggunakan akses tersebut selaku kaedah perbelanjaan mereka. 57% menggunakan kad untuk khidmat pengangkutan, makanan (58%), membeli-belah (55%) dan perbelanjaan libatkan aktiviti (53%).
Selain transaksi yang lebih mudah, pendekatan tersebut turut membantu pelancong Malaysia laksana pembayaran tanpa memerlukan wang tunai di mana jua. Ini membantu meningkatkan tahap keselamatan wang mereka ketika berbelanja di luar negara.
Meskipun aliran melancong kalangan penduduk negara kian memulih, pelancong negara akui terdapat peningkatan libatkan kos perjalanan antarabangsa sedang berlaku. Menyedari kekangan itu, disinilah penggunaan transaksi kad lebih diutamakan apabila 76% pelancong laksana tempahan penginapan awal menggunakan kad, diikuti 61% laksana tempahan tiket penerbangan melalui pembayaran kad.