Artikel

Pelarasan Harga Lantai Khidmat Seru-Pandu, Berpotensi Naikkan Tambang Pengguna – MOT

Penentuan harga lantai khidmat seru-pandu dimaklumkan perlu diteliti dengan lebih lanjut, susulan tindakan tersebut berupaya menjejaskan dan menaikkan harga tambang ke atas pengguna.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang Parlimen hari ini, pelarasan itu harus mengambilkira persekitaran kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah penawaran semasa yang berlaku untuk mengetahui kos sebenar ketika tempahan seru-pandu dilaksanakan. Maka agak kompleks tindakan untuk menetapkan harga lantai pada perkhidmatan tersebut. 

Setakat ini, terdapat beberapa maklum-balas telah diraih MOT dan terdapat pengendali dimaklumkan telah menawarkan pilihan insentif seminggu lebih awal kepada rakan pemandu antaranya memberi tumpuan kepada lokasi permintaan tinggi untuk kumpulan pekerja ini merancang waktu operasi perkhidmatan bersama jumlah pendapatan yang disasarkan.