Bersempena Hari Diabetes Sedunia pada hari ini (14 Nov) tahukah pembaca, ketika ini dianggarkan seramai 3.9 juta penduduk di Malaysia berusia 18 tahun ke atas diklasifikan berdepan penyakit diabetes. Angka ini meliputi penyertaan 1 daripada 5 orang dewasa tergolong dalam kategori penyakit tersebut.
Berikutan peningkatan itu, setiap tahun kerajaan perlu membelanjakan sekitar RM4.9 bilion setahun untuk tangani penyakit diabetes di dalam negara ini.
Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 ini turut memperincikan 5.3% kumpulan usia 18 – 29 tahun didapati tidak mengetahui akan penyakit kencing manis yang didepani mereka, diikuti 30-39 tahun (8.5%), 40-49 tahun (12.4%), 50-59 tahun (11.3%) dan 60 tahun ke atas (11.1%).
Sementara berdasarkan pecahan negeri pula – Negeri Sembilan memaparkan prevalens diabetes tertinggi dengan 33.2%, diikuti Perlis 32.6% dan Pahang 25.7%.
Persekitaran ini mengikut KKM didorong hasil kesan perubahan gaya hidup, penawaran jenis makanan dan minuman, genetik serta pembangunan sosio-ekonomi di negara.
Mengikut data dari tahun ke tahun, secara jelas prevalens diabetes kalangan penduduk dewasa di Malaysia terus meningkat – daripada 2011 dengan 11.2%, 2015 (13.4%) kepada 18.3% pada 2019. Dan data itu berupaya terus melonjak pada data semasa berikutan percambahan pelbagai produk makanan dan minuman segera yang semakin tinggi ketika ini – diikuti persaingan tenaga kerja terus berpotensi meningkatkan tekanan pekerjaan semasa mencetus kepada paras diabetes yang lebih tinggi.
Laporan NHMS (2019) menunjukkan bahawa 1⃣ dalam 5⃣ individu 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝗿 𝟭𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 menghidap penyakit diabetes atau dianggarkan bersamaan dengan 3.9 𝙟𝒖𝙩𝒂 penduduk Malaysia.
Bersempena Hari Diabetes Sedunia ini, tingkatkan kesedaran kita… pic.twitter.com/rFl2uTtTEb
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) November 14, 2023