Seiring dengan langkah menyelenggara sistem perbankan, Maybank memaklumkan pada 19 November kelak akan terdapatnya gangguan pada sebahagian perkhidmatan mereka.
Ini meliputi perkhidmatan portal dan aplikasi seperti Maybank2U, MAE dan Maybank2u Biz. Di mana platform sedemikian tidak akan tersedia buat sementara waktu pada 19 Nov pada jam 3 pagi sehingga 6 pagi kelak.
Berikutan notis ini, semua pengguna Maybank yang berkaitan diminta untuk mengatur aliran transaksi mereka supaya tidak alami sebarang kesulitan ketika transaksi dihentikan seketika pada tempoh tersebut.
Maka untuk maklumat lanjut, semua pihak boleh merujuk pada emel [email protected] atau hubungi talian khidmat pelanggan 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).