Peningkatan harga gula di pasaran antrabangsa sememangnya telah mula berlaku sejak 2021 lagi, namun kesannya terus kkelihatan pada pasaran semasa apabila terdapat beberapa kawasan di negara mulai merasa gangguan pembekalan tersebut.
Mengikut data Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada minggu lalu, untuk depani isu ini negara telah meluluskan permit import (AP) kepada 43 syarikat untuk membawa masuk 557,080 tan metrik gula namun hanya 22,547 tan metrik (405%) sahaja dapati di bawa masuk.
Senario ini berlaku kesan kenaikan gula mentah sekitar 52% di peringkat global menyebabkan kos pengeluaran di peringkat pengilang tempatan turut meningkat tatkala negara pula laksana kawalan harga gula. Maka seecara langsung ia tidak memberi pulangan kepada peringkat pengeluar. Situasi ini turut diakui Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Global sejak Oktober lalu – yang menyatakan kebimbangan pada prospek bekalan global bagi musim 2023 dan 2024.
Setakat ini difahamkan Sabah menjadi antara kawasan yang terkesan susulan kenaikan kos dan ketirisan pembekalan tersebut.
Menyedari situasi yang berlarutan ini, kerajaan memaklumkan kini dalam pertimbangan laksana langkah jangka panjang berkaitan bekalan gula di Malaysia. Tidak sekadar menitiberatkan harga gula yang sewajarnya namun pendakatan kawalan akan turut ditambahbaik kelak bagi menjamin pembekalan di masa hadapan.