Artikel

Selangor Umum Beri Pelepasan Yuran Asas Buat Pelajar UNISEL – Sesi 2024

Kerajaan negeri Selangor terus melanjutkan usaha kemudahan pendidikan buat kumpulan mahasiswa negeri – dengan meneruskan agenda Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) kepada pelajar UNISEL. 

Selaku institusi agensi pelaksana, Selangor pada bajet 2024 memaklumkan peruntukan pada tahun ini akan melibatkan jumlah sekitar RM5 juta. 

Ia akan memberi faedah kepada pelajar kumpulan M40 dan B40 – di mana bantuan asas yuran dari RM500 sehingga RM1,000 akan diraih kumpulan pelajar tersebut. 

Melalui aturan itu ia secara langsung akan mengurangkan beban pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Setakat ini disasarkan seramai 2,500 pelajar akan meraih manfaat tersebut.