Ketidakseimbangan penyertaan ekonomi antara lelaki dan wanita bukanlah isu baharu di pasaran negara, termasuklah di negeri Selangor. Maka untuk menutup jurang tersebut, sejumlah RM3.3 juta kini disediakan kerajaan negeri untuk menggalakkan kumpulan wanita di Selangor ceburi bidang keusahawanan.
Dana ini meliputi bantuan di peringkat komuniti di bawah Program Liga Usahawan Wanita serta Selangor Youth Community. Di mana ia akan diagihkan untuk membantu permulaan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, serta penempatan produk.
Menerusi usaha ini ia membantu Selangor meningkatkan lagi kapasiti usahawan wanita secara berkala pada tahun 2024.