Artikel

Selangor Ingin Perkasa Pertanian Pintar – Kini Umum Peruntukan RM10 Juta

Selain memperkasakan rantaian bekalan makanan negeri, Selangor turut berhasrat menerajui segmen pertanian pintar – dengan memperkasakan teknologi dalam bidang pertanian seperti hdroponik, akuaponik, serta penanaman vertikal menggunakan kecerdasan buatan (AI) pada sektor pertanian negeri.

Pada usaha itu, Selangor kini mengumumkan akan peruntukan RM10 juta bagi menjayakan matlamat tersebut. 

Usaha ini penting untuk membantu negeri menarik minat pelabur tempatan dan antarabangsa dalam penawaran peluang pekerjaan pada pertanian pintar. 

Sebelum ini usaha pemacuan bekalan makanan negeri telahpun dilaksanakan menerusi pembangunan projek Klusterisasi Tanaman dan Produk Hiliran di setiap daerah Selangor. Di mana ia bertindakan mempelbagaikan lagi stok makanan negeri seperti kelapa, padi, pisang, sayuran bagi mengurangkan kebergantungan terhadap alirran makanan import.