Selari dengan pemerkasaan teknologi dalam arena ekonomi negara, Selangor kelak akan menubuhkan Selangor Centre for Artificial Intelligence (AI) bersama peruntukan RM1 juta demi kelangsungan ekonomi digital negeri.
Langkah ini pada perkongsian pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024, akan melibatkan beberapa perkongsian bersama syarikat berteknologi tinggi. Di mana pertukaran kepakaran AI dapat diraih negeri untuk memantapkan tahap penguasaan dalam ekonomi digital.
Aturan ini sekaligus berupaya meningkatkan lagi kemasukan pelaburan ke dalam negeri Selangor dan memperkasakan lagi peluang pekerjaan dalam segmen ekonomi baharu negeri.