Sehingga kini terdapat beberapa negeri didapati masih menggunakan kadar tarif air yang sama dan tidak disemak sejak lebih 20 tahun lalu – maka menerusi penelitian tarif air yang terlalu rendah ini kerajaan kelak akan kemukakan kertas Mekanisma Penetapan Tarif Air kepada jemaah menteri sebelum akhir 2023 ini.
Tindakan ini mengikut pertimbangan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada sidang Parlimen semalam – didasari berasaskan persetujuan kebanyakan negeri. Pentadbiran memaklumkan sekiranya penangguhan semakan kadar tarif air ini terus dilakukan ia berupaya membawa ketirisan pendapatan buat pengendali air – sehingga RM409 juta setahun.
Setakat ini, purata tarif air yang dikenakan kepada pengguna di Semenanjung dan Labuan adalah RM1.43 bagi setiap meter padu dan difahamkan terdapat negeri tidak alami perubahan tarif sehingga 40 tahun. Maka pemerkasaan semakan tarif lebih drastik perlu dilaksanakan.
Buat pengetahuan umum, pelarasan ini akan mengambilkira pelbagai faktor dan penetapan siling akan dilaksanakan untuk memastikan pelarasan kadar baharu tidak membebankan pengguna meskipun syarikat pengendali memiliki mandat tersebut. Maka melalui usaha dijangka penggunaan tarif baharu bagi setiap negeri berupaya direalisasikan menjelang tahun 2024 kelak.