Artikel

Kerajaan Umum Tol Percuma Dua Hari Bersempena Deepavali – Pada 11 & 12 November 2023

Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan syarikat konsesi telah bersetuju untuk pelaksanaan pemberian tol percuma selama dua hari, iaitu bermula 11 November 2023 jam 12.01 pagi, sehingga 12 November 2023 jam 11.59 malam.

Pengecualian tol ini diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan, dan di semua plaza tol dalam negara, kecuali plaza tol di sempadan negara. Ia dianggarkan sekitar 11.8 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya ketika dua hari tersebut.

Kerajaan berharap agar para pengguna lebuh raya dapat melakukan perancangan perjalanan yang sebaiknya, dan mengutamakan keselamatan. Seperti pelaksanaan sebelum-sebelum ini, pengguna akan masih perlu melalui palang tol seperti biasa, tetapi tiada caj perjalanan yang akan dikenakan.