Artikel

Prestasi Jualan Runcit, Borong Malaysia Kini Naik 6.5% – Raih RM142.7 Bilion

Nilai jualan perdagangan  borong dan runcit di Malaysia terus memaparkan prestasi yang membrangsangkan apabila meningkat 6.5% kepada RM142.7 bilion setakat September 2023 lalu.

Pertumbuhan positif ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) disumbang hasil prestasi jualan segmen Kenderaan Bermotor (7.0%) dengan nilai jualan RM17.5 bilion, diikuti Borong (6.9%) dengan jualan RM64.2 bilion dan Runcit pula 5.9% dengan nilai jualan RM61.1 bilion.

Pada penjelasan lanjut dalam aliran Borong, sumbangan jualan lebih tinggi ini disumbang oleh subsektor seperti Lain-lain Pengkhususan Jualan Borong yang meningkat 8.6% kepada RM25.1 bilion. Disusuli Jualan Borong Makanan, Minuman & Tembakau (7.7%), Jual Borong Bahan Mentah Pertanian & Haiwan Hidup (9.9%), Jualan Borong Barangan Isi Rumah (4.0%), Perdagangan Borong Tanpa Pengkhususan (6.6%), Jual Borong Berdasarkan Kontrak atau Yuran (7.3%) dan Jualan Borong Jentera, Peralatan & Bekalan (1.4%).

Malah pada peringkat Runcit pula, pertumbuhan ini turut disokong oleh Jualan Runcit di Kedai Bukan Pengkhususan yang naik 8.9% kepada RM23.2 bilion. Diikuti Jualan Runcit di Kedai Pengkhususan (5.5%), Jualan Runcit Makanan, Minuman & Tembakau (13.4%), Jualan Runcit Bahan Api Kenderaan (5.5%), Jualan Runcit Barangan Isi Rumah (2.4%), Jualan Runcit Barangan Kesenian & Rekreasi (0.5%), Jualan Runcit di Gerai & Pasar (5.4%) dan Jualan Runcit Bukan di Kedai, Gerai atau Pasar (1.2%).