Artikel

PLUS Jangka Jumlah Trafik Meningkat, 2 Juta Kenderaan Sehari – Bermula 10 Nov Ini 

Bersempena perayaan Deepavali yang bakal diraikan tidak lama lagi, PLUS Malaysia kini menjangkakan akan berlakunya peningkatan jumlah trafik dalam tempoh 4 hari kelak bermula 10 November sehingga 14 November 2023 ini.

Di mana, dijangka 2 juta kenderaan sehari akan memenuhi laluan di Lebuhraya Utara-Selatan. Maka untuk memastikan aturan perjalanan pengguna terus berjalan lancar, PLUS menyediakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) buat kemudahan pengguna bagi tindakan Balik Kampung dan Kembali ke Klang bersempena perayaan Deepavali ini.

Bagaimanapun aturan kelancaran trafik ini masih bergantung kepada faktor diluar jangka pada lokasi di lebuhraya. Maka semua pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan teratur berlandaskan cadangan penjadualan yang dikemukakan pihak PLUS.

Sebarang tindakan lanjut, semua pihak boleh dapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih serta ikuti laporan trafik terkini di laman media sosial.