Akhbar TheSun merupakan salah satu akhbar tempatan yang agak popular, terutamanya di Lembah Klang. Ia diedarkan secara percuma kepada pembaca, dan boleh didapati di pelbagai stesen pengangkutan awam dan pelbagai lokasi.
TheSun ditawarkan secara percuma sejak 2002 yang lepas, tetapi perkara berkenaan akan berubah pada 13 November kelak. Bermula minggu hadapan, akhbar TheSun akan dijual pada harga RM1.
Selari dengan pengenalan harga ini juga, TheSun akan meningkatkan beberapa helaian pada akhbar bercetak mereka, menjadikan ia mempunyai sehingga 32 muka surat untuk setiap salinan.
Bermula 13 November ini, akhbar theSun akan mula dijual dengan harga RM1.
Tengah hari tadi saya hadir ke Majlis Pelancaran Semula theSun (theSun Relaunch) yang turut dihadiri Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Seri Azman Ujang. pic.twitter.com/PLfRK5gC19
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) November 8, 2023