Touch ‘n Go eWallet, penyedia dompet digital negara kini mempertingkatkan ciri perkhidmatan mereka dengan pengenalan GOrewards. Di mana membolehkan pengguna meraih 1 mata bagi setiap perbelanjaan RM1 pada transaksi di aplikasi. Lebih menarik bersama perniaga terpilih, langkah itu berpeluang menawarkan pengguna untuk meraih sehingga 6 mata ganjaran bagi setiap perbelanjaan RM1.
Perluasan manfaat program kesetiaan ini turut dimaklumkan tidak hanya tersedia pada pembayaran menggunakan kod QR semata tetapi juga melibatkan transaksi melalui kad prabayar TNG eWallet, TNG Visa.

Akses ini secara langsung menjelaskan, sebarang perbelanjaan rentas sempadan yang dilaksanakan pengguna ketika melancong menggunakan medium tersebut – turut membolehkan pengguna meraih mata ganjaran. Aturan ini sekaligus merancakkan lagi aliran perbelanjaan pelancongan negara.
Perolehan mata tersebut kemudiaanya boleh digunakan untuk menebus ganjaran daripada aplikasi bersama peniaga yang tersedia seperti Kenny Rogers Roasters, 7-Eleven, Taco Bell, Zus Coffee, BHPetrol, CelcomDigi, Bask Bear, Tealive, CTOS dan Watsons.

Maka untuk memperolehi manfaat ini, semua pihak perlu memuat-turun TNG eWallet dan mengaktifkan ia menerusi GORewards. Pada perincian lanjut, ini antara perkhidmatan yang embenarkan pengumpulan mata diraih pengguna bersama TNG eWallet ;
- E-Dagang – sebarang embelian atas talian yang dibayar menggunakan kad TNG eWallet dan TNG eWallet Visa
- Pembayaran Bil – mana-mana pembayaran bil menerusi TNG eWallet seperti khidmat bil telefon, utiliti dan pelbagai lagi
- Pengiriman Wang – tindakan penghantaran wang ke luar negara bersama GOremit turut berikan pengguna perolehan mata
- Insurans – pembelian atau pembaharuan insurans menerusi TNG eWallet seperti CarInsure, ParkInsure, WalletSafe, SafeTrip, SafeHome,CI Insure dan MotoInsure. Lebih menarik pengguna berupaya meraih sehingga 10 mata sekiranya sertai produk insurans bermula 14 November 2023 ini
- Peniaga – bagi Peniaga Antarabangsa, pembayaran melalui kad visa TNG eWallet dan kod QR akan membolehkan pengguna raih kumpulan mata. Manakala Peniaga Tempatan, perolehan mata diraih melalui pembayaran menggunakan kod QR DuitNow TNG eWallet, TNG QR dan TNG kad Visa eWallet
