Artikel

MOF : Cukai Keuntungan Modal Berpotensi Bantu Malaysia, Jana RM800 Juta Setahun

Bermula 1 Mac 2024 kelak, Cukai Keuntungan Modal (CGT) berkadar 10% bakal dilaksanakan ke atas saham yang tidak tersenarai, menerusi aturan itu dianggarkan kutipan hasil CGT ini berupaya mencapai RM800 juta setahun kepada negara. 

Pemerhatian Kementerian Kewangan (MOF) ke atas anggaran hasil CGT ini didasari berasaskan aliran pindah milik saham yang berlaku untuk beberapa tahun terkini. 

Maka ke arah pelaksanaan itu, pentadbiran kelak akan memperinciikan lebih lanjut akan pengenaan cukai tersebut. Setakat ini, CGT hanya akan dikenakan kepada pelupusa saham tidak tersenarai yang terdiri daripada syarikat, perkongsian liabliti terhad, koperasi badan amanah, syarikat tempatan mahupun syarikat asing yang merupakan pemegang saham dalam sesebuah operasi. 

Malah tindakan negara untuk tidak mengenakan CGT ke atas saham tersenarai adalah bagi memastikan pasaran modal terus berkembang bagi syarikat-syarikat tersenarai sedia ada dan selari dengan usaha untuk mengekalkan keyakinan pelabur. 

Aturan itu pada makluman lisan Parlimen, sekaligus meningkatkan tahap daya saing pasaran modal negara di peringkat global.