Bagi meraikan Deepavali 2023 tidak lama lagi, pentadbiran kini mengumumkan bermula 9 November sehingga 15 November 2023 kelak – terdapat 8 barangan di pasaran yang akan diitetapkan di bawah Skim Harga Maksimum bersempena musim perayaan (SHMMP).
Ini bermakna pelaksanaan skim harga tersebut akan dilakukan selama 3 hari sebelum perayaan, semasa dan 3 hari selepas perayaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Buat pengetahuan umum, penentuan harga maksimum di peringkat pemborong dan peruncit ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi Kerajaan dan pemain-pemain industri.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu orang ramai merancang perbelanjaan dan menikmati pembelian barangan keperluan perayaan pada harga yang berpatutan di pasaran negara. Buat pengetahuan umum, ini 8 barangan yang terlibat;
- Bawang Merah Besar Import
- Bawang Merah Kecil (India) tidak termasuk Ros
- Cili Merah
- Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import
- Kacang Dal (Australia)
- Kelapa Biji – harga maksimum di peringkat borong sahaja
- Kelapa Parut – harga maksimum di peringkat runcit sahaja
- Tomato
