Para pencarum dan majikan kini dimaklumkan untuk bersedia akan sebarang urusan transaksi, berikutan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan tergendala selama 4 hari bermula 17 November sehingga 20 November ini.
Tindakan itu sebahagian langkah KWSP untuk menaik-taraf kecekapan aksesnya untuk jangka masa panjang. Ini bermakna sepanjang tempoh tersebut ketersediaan khidmat KWSP secara atas talian tidak akan tersedia.
Maka semua pencaruma tidak akan dapat akses akaun KWSP atau laksana sebarang transaksi secara atas talian.
Tidak hanya itu, Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP juga turut tidak akan dapat menerima panggilan sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Hanya cawangan KWSP fizikal sahaja yang kekal beroperasi namun urusan transaksi lengkap kekal tidak dapat dipenuhi berdasarkan tempoh sedemikian.
Oleh itu, pencarum dan majikan harus laksana perancangan keperluan kewangan sebaik mungkin sebelum tempoh tersebut dijalankan. Langkah ini akan membantu semua pihak memastikan segala proses kewangan dapat dilaksana dengan lancar. KWSP memberi jaminan, segala proses transaksi dan permohonan yang bakal tertangguh akan diteruskan semula setelah langkah naik-taraf ini selesai.