Artikel

SC Bakal Tubuh Tabung Kebajikan Pasaran Modal – Bantu Pelajar B40 Lanjut Pengajian IPT

Menjelang akhir tahun ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal menubuhkan Tabung Kebajikan Pasaran Modal yang dilihat berpotensi membantu pelajar dari isi rumah berpendapatan rendah B40, untuk meraih akses melanjutkan pengajian pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Makluman yang dikongsikan pada minggu ini, menjelaskan aturan itu berupaya membantu Malaysia melahirkan lebih ramai kualiti tenaga kerja pasaran modal dalam segmen ekonomi negara.

Berdasarkan jangkaan awal, tabung ini akan dilancarkan sebelum akhir 2023 kelak bersama sokongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Lebih menarik perolehan dana akan memperlihatkan pelbagai penyertaan pemain industri pasaran negara. Antaranya Persatuan Syarikat Broker-Broker Saham Malaysia, Persatuan Pengurus Aset Malaysia, Bursa Malaysia dan syarikat senaraian awam.