Artikel

Golongan Kaya Malaysia Perlu Miliki RM3.9 Juta – Jika Ingin Bersara Selesa

Sekiranya golongan kaya di Malaysia ingin bersara dengan selesa – maka purata simpanan persaraan yang diperlukan adalah sekurangnya RM3.9 juta, ini tertumpula pada kumpulan yang miliki aset boleh labur antara $100,000 hingga $2 juta.

Lebih terperinci lagi, data di bawah Laporan Kualiti Hidup HSBC ini menjelaskan kumpulan ini yang berusia antara 25 hingga 39 tahun di negara perlu miliki simpanan purata sekitar RM4.86 juta, diikuti Gen X (40-54 tahun) sekitar RM4.53 juta dan Boomer (55-69 tahun) pula sekitar RM2.57 juta.

Perolehan dana pencen ini diperhatikan berupaya disumbang melalui penyertaan golongan dalam skim simpanan persaraan, dana saham serta pelaburan bon individu.

Namun jika individu hanya bergantung kepada pendapatan gaji sepenuhnya dan warisan harta peninggalan semata maka ia berpotensi menjadikan dana persaraan mereka tidak mencukupi bagi jangka masa panjang. Ketika ini, tinjauan dapati 57% golongan kaya di Malaysia prihatin akan kepentingan persaraan.

Antara faktor yang menjadi kebimbangan simpanan persaraan individu pula adalah tahap kesihatan, kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi serta kadar inflasi yang turut berpotensi menjejaskan nilai simpanan mereka. Tambahan hasrat usia persaraan di Malaysia pula dijangka sekitar 57 tahun. Ini lebih awal berbanding beberapa negara global, menjadikan nilai persaraan akan lebih rendah berbanding umur persaraan wajib 60 tahun.

Secara menyeluruh, nilai purata persaraan di Malaysia (RM3.9 juta) ini jauh lebih rendah berbanding negara lain yang turut ditinjau HSBC iaitu dengan Hong Kong (RM5.2 juta), Singapura (RM4.4 juta). Sementara UK pula (RM3.6 juta) dan UAE (RM3.3 juta).