Bagi memastikan sokongan tunai rakyat berpendapatan rendah terus terpelihara, kerajaan kini dalam pertimbangan untuk penawaran bantuan tunai khas secara bulanan – bagi melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan.
Pertimbangan ini telah mengambilkira persetujuan dibawah mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), di mana ia merangkumi isi rumah yang tidak berkemampuan menjana aktiviti pendapatan atas faktor usia mahupun kesihatan.
Keperluan ini akan di semak oleh setiap kementerian dan agensi untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu dan menjana pendapatan melebihi PGK makanan pada tahun ini.
Buat pengetahuan umum, usaha ini bukanlah kali pertama dilaksanakan – sebelum ini terdapat pelbagai kementerian telah menetapkan langkah tersebut untuk membantu rakyat negara berkaitan keluar dari belenggu kemiskinan tegar.