Artikel

Kakitangan Awam Sambut Deepavali, Raih Cuti Tanpa Rekod Pada 14 Nov Ini

Pentadbiran negara kini bersetuju memberi cuti tanpa rekod perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November akan di bawa ke 14 November buat pengawai perkhidmatan awamnya yang menganut agama Hindu di negeri hari lepasan mingguan pada Ahad.

Persetujuan ini telah dicapai pada 3 November lalu untuk memberi pengecualian pada tahun 2023. Maka aturan ini akan dilanjutkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihakk berkuasa berkananu dan pihak berkuasa tempatan.

Aturan ini sekaligus memberi lebih ruang kepada kakitangan awam berkaitan untuk menyambut perayaan bersama keluarga.

Buat pengetahuan umum, peruntukan cuti tanpa rekod adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan – bagaimanapun negara memberi kelonggaran pada aturan ini untuk kemudahan perayaan masyarakat awam bagi tahun 2023.