Artikel

MOT : Struktur Cukai Jalan EV Bakal Diumum Disember Ini

Bagi menggalakkan lagi penggunaan kenderaan elektrik (EV) di pasaran Malaysia – bermula bulan hadapan, pentadbiran akan memperincikan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk EV di negara.

Agenda di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) ini memaklumkan pelaksanaan tersebut hanya terpakai selepas Disember tahun 2025 sahaja iaitu selepas tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV berakhir

Seperti yang umum sedari, pengecualian tersebut telah diberikan sejak bajet 2022 lagi dan diberi pengecualian sehingga 2025 kelak. Menerusi penstrukturan semula cukai jalan EV ini, ia dilihat akan memberi kelebihan pada perolehan negara dan terdapat jangkaan ia berupaya mencapai sehingga RM5,000 setahun. 

Bagaimanapun semakan masih diteruskan dan pelarasan cukai jalan EV ini diperhatikan selari dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon yang menyasarkan negara mencapai 15% penggunaan EV dan kenderaan hibrid pada tahun 2023 dengan penyediaan 10,000 unit fasiliti pengecasan menjelang 2025.