Artikel

Kos Khidmat Penginapan, Makanan & Minuman Kini Naik 4.6% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPR) yang bertindak mengukur perubahan harga perkhidmatan yang dikenakan dalam industri perkhidmatan tempatan di Malaysia – kini menunjukkan peningkatan kadar kos sebanyak 1.4% kepada 115.4 mata bagi suku ketiga 2023. 

Situasi ini berlaku kesan peningkatan ketara yang tercetus dalam pelarasan kos pada perkhidmatan Penginapan, Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman yang naik 4.6%, diikuti Pendidikan (1.0%), perkhidmatan Kesenian, Hiburan & Rekreasi (0.8%), Pengangkutan (0.7%), Professional (0.4%) dan perkhidmatan Aktiviti Hartanah serta Kesihatan pula masing-masing 0.2%. 

Hanya subsektor perkhidmatan Maklumat & Komunikasi pula tidak menunjukkan sebarang peningkatan kos purata. 

Jelas data di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, peningkatan yang berlaku pada kos khidmat penginapan serta aktiviti makanan – ia didorong oleh peningkatan kos dalam Restoran & Aktiviti Makanan Bergerak yang telah naik sebanyak 5.2%, diikuti Perkhidmatan Minuman (4.3%), Inap Desa (1.6%) dan Katering & Aktiviti Katering, Makanan Lain (1.6%). Scenario itu sekaligus menggandakan kos purata dalam subsektor tersebut ke atas pengguna. 

Sementara peningkatan kos dalam khidmat Pendidikan disumbangkan oleh Pendidikan Menengah (1.9%), Pendidikan Pra-Sekolah & Rendah (1.1%), Pendidikan Tinggi (0.9%) dan Pendidikan Lain (0.2%) dan Pengangkutan pula, dicetuskan pada peningkatan dalam aktiviti Pengangkutan Darat (1.9%), diikuti Aktiviti Kurier (0.2%) dan Pengangkutan Air Laut & Pesisir Pantai (0.1%).