Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kekal optimis pada penyertaan mereka dalam pengeluaran EV apabila memaklumkan kajian terperinci pembangunan dan penghasilan kereta elektrik untuk pasaran tempatan masih diteruskan – sejak ia dimulakan pada September 2022.
Antara usaha yang telah dipamerkan untuk peringkat awal – Perodua telah mengetengahkan EV konsep pertamanya iaitu EM-o atau Electric Motion Online yang dipaparkan pada Malaysia Autoshow 2023 Mei lalu, yang dijangka menjadi panduan hala tuju Ev Perodua di masa hadapan.
Pihaknya menjelaskan usaha perluasan jenama automotif ini tidak hanya tertakluk kepada EV semata sahaja, tetapi Perodua turut ingin meneroka potensi dalam pengeluaran model hibrid kepada para pengguna Malaysia.
Setakat ini, jenama telah mencapai rekod jualan sekitar 314,000 unit dan menjangkakan tahun 2024 berupaya menjangkaui sasaran jualan tahun 2023 dengan lebihi 330,000 unit.