Artikel

Boost Holdings, RHB Tingkatkan Saham Dalam Boost – Pada Nilai RM85 Juta 

Boost Holdings, RHB iaitu anak syarikat milik Axiata Group dengan pegangan 75.43% kini mula meningkatkan langganan saham mereka pada Boost Bhd dengan menambah 85 juta saham baharu bersama tunai RM85 juta setakat 3 November lalu.

Makluman kepada Bursa Malaysia tersebut sekaligus akan membolehkan Boost penuhi keperluan dana modal minimum untuk bank digital bernilainya RM100 juta – tanpa terjejas oleh kerugian.

Berdasarkan tindakan langganan saham tambahan ini, maka modal berbayar Boost akan mencecah paras RM185 juta mengikut pertimbangan Axiata. Sementara RHB Bank pula menambah langganan 34 juta saham baharu dalam Boost dengan nilai RM34 juta – di mana ia akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman.

Seperti yang umum ketahui Boost Holdings, RHB Bank, Boost Bhd kini telah laksana kesepakatan dalam perjanian langganan saham serta perjanjian pemegang saham (SHA) untuk membentuk konsortium bank digital pada 31 Mac 2023 lalu – maka melalui kerjasaman itu ini memperlihatkan Boost Holding memegang 60% pegangan dalam modal saham ekuti, sementara RHB Bank pula 40%.