Artikel

Selangor Beri Baucar Buku Bernilai RM200 Kepada Mahasiswa – Mulai Minggu Hadapan

Selari dengan matlamat memperkasa sektor pendidikan negeri, Selangor mulai minggu hadapan akan mula mengedar baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa di negeri itu.

Ini adalah insentif ke-5 diumumkan setelah melancarkan insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 kepada wanita, insentif pertanian RM1,000, pencelualian cukai pintu serta kenaikan elaun kumpulan imam, bilal dan siak.

Tidak terhenti disitu, Selangor memaklumkan akan terus menampilkan pelbagai insentif baharu buat rakyat negeri. Khususnya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2024 kelak pada 10 November ini. Menerusi perkembangan ini, terdapat pertambahan insentif dalam industri tertentu dijangka berupaya dilaksanakan.