Artikel

Tol Percuma Selama 1 Bulan Kini Diberi – Sempena Pembukaan Penuh Lebuhraya SPE

Bermula hari ini, pemandu kenderaan yang melalui 3 plaza tol utama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) akan menikmati penawaran tol percuma selama 1 bulan bermula 11.59 malam ini sehingga 2 Disember 2023 kelak. 

Pemberian tol ini menurut Kementerian Kerja Raya akan melibatkan Plaza Tol Chan Sow Lin, Palaza Tol Ampang ari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE dan Plaza Tol Setiawangsa. 

Setelah tamat tempoh penawaran percuma, pengguna dimaklumkan dikehendaki bayar pada kadar tol RM3.50 untuk kenderaan kelas satu buat kenderaan kereta. 

Buat pengetahuan umum, SPE menghubungkan beberapa kawasan di KL dan mengetengahkan 4 seksyen seperti Kerinchi-Salak, Salak-Pandan, Pandan-Setiawangsa dan Setiawangsa-Taman Melati. Secara menyeluruh ia melibatkan jarak keseluruhan sekitar 20.7km.

Namun sebahagian jajaran lebuhraya telahpun dibuka kepada pengguna sejak 21 Disember 2021 lalu dan kini hasil pembukaan penuhnya – kerajaan telah bertindak memberi insentif tol percuma selama sebulan.